Wednesday, June 30, 2010

Lagu ini aku dedikasikan kepada insan - insan tersayang especially my hubby n family.. kawan2 yang sudah lama tidak berjumpa.. sudah tentu banyak kenangan yang kita tempuh bersama.. betapa sunyi hidupku tanpa kalian disisi..


Tuesday, June 29, 2010

Sakitnya hati..!

Tak tau la apasal.. rasa sakitnya hati bila jadi macam ni.. bukan niat aku nak menyusahkan orang lain tapi niat aku disalahertikan pulak.. akibatnya aku jugak yang kena.. apa la nasib..

Tuesday, June 15, 2010

Dup dap dup dap!

Dup dap dup dap! macamtu la rasa denyutan jantung aku saat ini. Mana taknya dalam 10 minit lagi ada presentation.. Dalam masa tu la nak kena update apa yang patut. Apa pun jadi, usaha sudah jadi tawakal saja...

Special thanks to Puan Harnani sebab ajar kami buat blog. Kalau takde la subjek ni gamaknye sampai bila2 aku tak kan create blog. Sekali dah buat seronok la pulak..

Buat rakan - rakan, thanks guys!

sharing is caring...

Blogger Templates
Blogger Templates

Tips untuk pemilik kereta

Anda baru membeli kereta atau sudahpun memiliki kereta? Tak kira kereta kecil atau besar, anda pasti ingin menjaganya sebaik mungkin. Ada cara untuk menjauhkan kenderaan anda daripada kemalangan. Ops! ini hanya ikhtiar.. ajal maut ditangan Allah tetapi sekurang - kurangnya kita mencuba.
Untuk mengelakkan kenderaan daripada berlanggar atau menemui kemalangan, sila lakukan seperti berikut:

Si Comel


Si Comel baru berumur lebih kurang 2 tahun. Warna bulunya putih bertompok hitam dibeberapa tempat sahaja. Yang paling cute bile ada tompokan hitam di atas kening. Macam rambut plak. Memang comel.. Maknye Comel nama Kulit. Sian Kulit sebab disimbah air panas kat paha kanannya. Tak tahula sapa yang buat. Dia datang pon tetiba je. Kulit lahirkan Comel dan seekor lagi yang diberi nama Kening. Kami panggil kening sebab kat kening dia ada tompok hitam dan seakan - akan kening.

Asthma??



Lelah merupakan suatu keadaan di mana terdapat peningkatan kepada tindakbalas bronkus kepada rangsangan tertentu. Disebabkan oleh ini, terdapat penyempitan pada salur udara dan, lapisan pada salur udara juga mengalami keradangan dan terdapat peningkatan di dalam penghasilan lendir. Biasanya, penyakit ini bermula pada zaman kanak-kanak dan jarang berlaku selepas berumur dua puluh lima tahun. Kerapkali, pada 30% kes-kes, terdapat sejarah lelah pada keluarga pesakit.



Kasut Crocs oh Kasut Crocs!

Anda minat pada kasut jenama Crocs? Selesa pakai kasut Crocs? Rasa ringan je kaki bila pakai kasut tu tak kira pattern ape pun. kasut Bata ke Asadi ke Crocodile tak setanding kasut jenama ni. Walau mahal macam mana pun kita sanggup nak berhabis untuk dapatkan kasut yang berjenama ini. Bukan calang - calang harga kasut jenama ini setanding kualiti dan keselesaan apabila dipakai.

Lagenda Budak Setan Kembali!!



Lagenda Budak Setan sebuah karya unggul Ahadiat Akashah kini diterjemahkan dalam bentuk filem. Siapa tak kenal Ahadiat Akashah?? Kabanyakkan karya – karyanya lebih berkisar kepada remaja sebab tu novel dia digemari peminat remaja termasuk aku (ketika itu). Kalau tak silap novel Lagenda Budak Setan famous tahun 1999 / 2000.

Salam Blog

Salam..

Selama ni tengok kawan - kawan create blog sekarang baru ada kesempatan untuk diri sendiri.. Senang jugak rupanya. Kenapa la tak explore dari dulu kan..? Untuk langkah pertama ikut arahan Puan Harnani ye.. Lepas tu pandai - pandai explore sendiri.. Kawan - kawan, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan...