Salam.. sekarang ni tinggal lagi 2 hari sahaja lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa bulan Ramadhan.. Maknanya lagi 2 hari jugak Eid - Mubarak akan tiba. Itu pun kalau pemegang mohon besar kata lagi 2 hari.. kalau dia kata lagi sehari lagi awal la raya tahun ni.. Apap2 pon, sekarang ni aku dh selamat tiba di Tapah. Mengikut perancangan, aku n hubby akan bertolak ke Taiping amik abah then baru ke Manjung. Asalnya aku beria2 benar nk raya di Taiping sahaja.. Tapi dah abah aku tukar plan raya di Manjung (umah abang aku) apa nak buat. Ikut sahaja. Lagipon antara sebab nak raya di Manjung.. Mak dan bapa tiri aku baru balik dari UK.. kakak ipar aku plak baru lepas bersalin. Bertambah2 kukuh alasan untuk beraya di Manjung. Tak pela, janji raya juga..
Hari ni 8 September 2010.. maknanya pelajar - pelajar MRSMPH yang dikasihi akan pulang ke rumah masing - masing. Ada juga yang balik 7 September 2010 termasuk aku. Seronoknya tengok reaksi students yang dah tak sabar2 nk balik raya. Macam2 ragam ada. Ada yang pesan belikan tiket. Nasib baik ada tiketnya wlupon aku terpaksa ke Grik dan Baling untuk dapatkan tiket2 tu.. Aku tak kisah sbb aku sahaja yg tau niat aku buat sume ni..
Lebey kurang jam 4 petang tu aku turun dari rumah.. Simpan beg dalam kereta.. Dalam aku tengah menyusun beg - beg aku, tetiba aku ditegur oleh seorang pelajar yang memang aku kenali, A (bukan nama sebenar). Dalam jarak 50 meter.. A melambai tangan pada aku. Aku pon lambai la balik kan.. Masa tu jugak A kata / jerit pada aku.. "Cikgu! Cikgu ada skandal dengan Z ek???" Aku yang mendengar masa tu terus terkejut. Dengan muka blur aku tu aku rasa memang aku terkejut yang amat bila dengar A cakap camtu. Kebetulan pula W datang ke kereta dan dia turut mendengar dengan jelas. Aku kata aku tak faham. Sememangnya aku tak faham dengan definisi atau persepsi SCANDAL yg A cuba sampaikan.. Aku isteri orang.. Walaupun dengan nada gurau, sedikit sebanyak bila telinga aku menangkap perkataan tu aku rasa tergugat..
Curangkah aku pada suami aku? Tidak sama sekali..! Bagi aku, definisi skandal tu terlalu kasar buat aku. Jadi sepanjang perjalanan tu, aku masih terfikir2.. W pon turut sama terkejut dan sama2 berfikir.. Salahkah apa yang aku buat selama ni? Keterlaluankah layanan aku pada Z atau sesapa sahaja.. Mengapa perlu dikaitkan isu skandal aku dengan Z sedangkan semua tahu aku rapat juga ngn W??? Pening aku pikir.. Tapi bila aku fikir secara rasional, lain orang lain persepsi.. Orang dulu2 kata rambut sama hitam hati lain2.. Tapi bagi aku, zaman sekarang ni rambut dah lain warna apalagi hati .. Tambah pulak, bila aku fikir yg mengungkapkan kata tu dari seorang budak 17 tahun yang masih terlalu mentah mengenal erti hidup, aku abaikan. Terpulang pada sesiapa untuk menilai aku. Aku tak pernah harapkan sebarang ganjaran untuk apa yang aku lakukan selama ni.
Walaupun aku rasa aku boleh let go apa yg aku dengar tapi aku risau kemungkinan yang akan berlaku sekiranya syak wasangka berkembang menjadi fitnah. Aku tak kisah kalau aku yang dipersalahkan tapi aku taknak orang 2 sekeliling aku dikaitkan. Sama ada Z ataupun W. Selama ni pon setiap kali aku bawa student keluar, banyak sungguh soalan yg perlu aku jawab dari seorang guru merangkap warden di sini.. Prinsip aku mudah... cakap la apa saja pada aku, kritik la aku sehebat mana sekalipon, aku akan biarkan ia berlalu bagai angin sepoi2 bahasa. Takde maknanya aku nk simpan dalam hati sampai menimbulkan perasaan tak puas ati dan dendam! itu bukan aku! Cuma ada 1 isu disini.. secara formal, aku masih WARDEN yang SAH! aku juga ada hak dan kuasa yang sama mcm org yang mempertikaikan aku tu.. Hebatkah dia berbanding aku sampai dia boleh buat aku camtu?? uih...! memang hebatlah dia kerana ada kuasa luar biasa yang akan menyokong tindak tanduk dia.. Terpulang..! bagi aku, selagi aku tak kacau hidup dia, better dia pon jgn kacau hidup aku! Walau sesakit mana pon hati aku atas apa yg berlaku selama ni, aku amik jln mudah yang pasti takkan menyakitkan aku balik iaitu DIAM! nak kritik?? nak marah?? nak mengumpat pasal aku??? silakan.. aku tak kisah..! aku akan sentiasa berdiam diri..
Berbalik soal aku dan students.. Terus terang, semenjak aku kawen, aku tak segarang dahulu.. Kalau dulu aku selalu menjerit di asrama tapi sekarang dh semakin kurang. Tak tahu kenapa, mungkin juga pengaruh dari status isteri orang ataupun hormon (Eh! ada kena mengena ke????). Tapi yang pasti, aku lebih bersikap terbuka. Selagi aku mampu, aku akan bantu pelajar2 aku.. kalau aku tak mampu, aku takkan teruskan.. Aku pernah dinasihatkan oleh seorang sahabat yang juga cikgu di sini. "Mai jgn terlalu baik dengan budak, nanti makan diri sendiri".. asalnya aku tak faham.. adakah aku perlu abaikan terus??? Tapi sahabat aku beritau, setiap org ada kepentingan masing2.. mungkin mereka menggunakan aku untuk kesenangan mereka sahaja.. kalau dapat yang hargai pertolongan kita alhamdulillah tapi kalau sekadar menggunakan kita dengan kepentingan diri sendiri, itu tak bagus untuk kita.. Aku agak terdiam bila dengar. Aku akui mungkin ada benarnya kata - kata sahabat aku.. tp bila aku fikirkan balik niat asal aku kenapa aku selalu tolong pelajar, aku dapat jawapannya.. aku tolong sebab aku ikhlas! aku tak harapkan apa2 dari pertolongan yg aku hulurkan kecuali kepuasan yg akan aku dapat selepas itu. Aku kerap rasa bersalah tiap kali aku tak dapat tolong student aku.. Bagi aku, aku tak perlu ungkapkan kata2 ikhlas selapas aku buat sesuatu.. Perkataan ikhlas tu pon aku rasa tak perlu.. jadi klu ada yang rasa aku tak ikhlas menolong, terpulang pada persepsi masing2..
Berbalik pada isu skandal aku.. seumur hidup, inilah kali pertama aku dikaitkan dengan skandal.. lebih memeritkan dengan pelajar yang aku anggap seperti adik aku sendiri. aku akui aku senang dengan W dan Z, malah mereka antara yang rajin menolongku tanpa mengharap apa2 balasan.. jadi mungkin itu yang membuatkan pelajar2 lain atau pun guru2 lain menaruh syak wasangka pada aku.. Tipulah klu aku kata aku tak terasa dgn tuduhan tu.. Tanpa sedar, lepas hantar W, aku rasa sebak.. Tak tahu kenapa, mungkin kerana sedikit sebanyak pertanyaan A berjaya meninggalkan luka dalam hati aku.. Entahlah, aku redha.. at the same time aku tak menaruh dendam pada sesiapa.. Jadi, aku memohon ampun dan maaf buat semua terutama Z dan W yang mungkin akan terkena tempias dari isu ni.. Aku cuma berharap syak wasangka ni takkan menjadi fitnah yang akan merosakkan hidup aku dan insan2 yang aku sayangi..
Blogger Templates
0 comments:
Post a Comment