Wednesday, July 21, 2010

I need changes!

Pejam celik pejam celik rupa2nya dah tujuh bulan aku bergelar isteri kepada Mohd Fairuzuan Yaacob Khan. Tak banyak perubahan dalam hidup aku baik segi hubungan dengan keluarga mertua ataupun kehidupan seharian. antara aku ngn keluarga mertua?? dh ngam sangat, maklumlah sudah lebih 6 tahun saling mengenali...  'Kembali bujang'..
aku sering menggunakan istilah itu untuk menggambarkan situasi aku. walaupun aku kini sudah berumahtangga tetapi aku masih bujang dipandangan mata orang lain kerana hidup berjauhan dengan suami. Sebenarnya, aku tidak kisah kerana aku sendiri yang memilih jalan hidup begini. Lagipun sepanjang perkenalan kami selama 6 tahun ni pun tak pernah lagi kami setempat. Kami berkenalan pun semasa aku di UiTM.. abis diploma sambung ijazah.. abis ijazah sambung praktikal di Ipoh, abis praktikal terus keje di ipoh sedangkan dia di Tapah. Berhenti keje di Ipoh, aku ke Pengkalan Hulu pula.. Jadi jarak memang memisahkan kami suami isteri. Mujur kami berdua dapat menyesuaikan diri kerana dah biasa..

Tapi, bila dok sorang2, terfikir juga ingin hidup sebumbung or at least dekat la sikit berbanding sekarang... aku dah mohon pertukaran maktab.. entah dapat entah tidak.. aku hanya mengharap.. klu dapat alhamdulillah.. tak dapat, aku redha.. tapi, kawan2, doa2kan kalau - kalau doa kalian diperkenankan Allah... Amin...

The main reason why aku eager sgt nk tukar ke Parit ni adalah atas perintah suami (hahaha) dan keinginan aku yang menggunung tinggi untuk memiliki cahayamata. Setakat ini, tiada tanda2 aku akan memiliki chayamata, jadi aku amat berharap bila mana sudah bertukar maktab rezeki aku semakin bertambah. Semakin bertambah2 sekiranya rezeki terbesar itu dikurniakan. Antara sedar dan tidak, bila aku tengok orang sedang mengandung, rasa macam ada sesuatu dalam diri aku yang termendap ke dalam.. rasa cam ade sesuatu yang hilang.. tapi rezeki pertemuan ajal maut di tangan Allah S.W.T.. Apa yang ditakdirkan aku terima dengan hati yang terbuka...

Blogger Templates
Blogger Templates

0 comments:

Post a Comment