Tuesday, June 15, 2010

Si Comel


Si Comel baru berumur lebih kurang 2 tahun. Warna bulunya putih bertompok hitam dibeberapa tempat sahaja. Yang paling cute bile ada tompokan hitam di atas kening. Macam rambut plak. Memang comel.. Maknye Comel nama Kulit. Sian Kulit sebab disimbah air panas kat paha kanannya. Tak tahula sapa yang buat. Dia datang pon tetiba je. Kulit lahirkan Comel dan seekor lagi yang diberi nama Kening. Kami panggil kening sebab kat kening dia ada tompok hitam dan seakan - akan kening.

 Asalnya si Comel ni comot sangat tp sebab badan dia yang gebu, montok dan bulat semua orang sayang. Tiap2 hari hubby tolong lapkan mata Comel yang penuh taik mata. Tapi, makin lama, Comel tambah comel dan pandai bersihkan diri. Dalam pada tu, Kening pulak hilang. Tak tahu la kemana. Hilang tanpa dikesan. Jadi, tinggallah Comel seekor anak si kulit.

Yang cutenya si Comel suka sangat tangkap cicak dan serangga2 lain. Yang paling dia suka cicak ler.. kalau Comel nnampak cicak, dia akan naik meja tu.. mata tak lepas pandang cicak tu.. Kalau kita berdiri sebelah dia, dia akan mengiau pendek minta di angkat. Dah tahu dah pe el dia tu.. Dapat je tangkap, Comel mesti ngacah2 cicak tu sampaila putus nyawa. Comel.. Comel..

Nak dijadikan satu cerita, perangai si Comel ni pernah buat kami terkejut. Mana tidaknya, ditangkapnya burung. Jenuhla hubby paksa dia lepaskan burung tu. Hidup lagi burung tu tapi ada la luka sikit.. Lepas tu baru si Comel minta air.. penat tangkap kot..

Makin lama Comel semakin membesar dan semakin comel. Dah ramai yang aim dia tapi kami tak nak lepaskan Comel. Lagi satu perangai Comel, dia suka sangat naik kereta. Kita masuk je kereta mula la dia ngiau kat pintu kereta. Buka je pintu cepat2 dia masuk dan duduk kat seat belakang. Bukan main lagi mcm bos. Boring duduk kat belakang dia dtg depan duduk kat dashboard plak. Macam tu la hari2. Satu kewajiban bawa Comel naik kereta walaupun sekejap.

Pada suatu hari, gempar kami dibuatnya apabila Comel hilang. Rupa2nya Comel duduk atas bumbung kereta orang. Kereta tu jalan dengan Comel diatas. Tapi nasib baik esok pagi tu hubby jumpa balik Comel. Kesian Comel, trauma kot. Duduk termenung je.. Selalu kalau disua ayam mesti dia nak. Tapi kali ni Comel senyap je. Lega rasanya dah jumpa Comel balik.

Ingatkan boleh rasa lega terus tapi rupa2nya Comel senyap ada petanda lain. Selepas sehari Comel dijumpai, Comel hilang lagi. Ada orang beritahu Comel diambil seorang budak lelaki.. Sedihnya rasa hati sampai ke hari ini. Tapi bila difikirkan balik, takpela.. mungkin Comel dijaga dengan baik. Semoga Comel bahagia di sana.

Blogger Templates
Blogger Templates

0 comments:

Post a Comment