Tuesday, June 15, 2010

Tips untuk pemilik kereta

Anda baru membeli kereta atau sudahpun memiliki kereta? Tak kira kereta kecil atau besar, anda pasti ingin menjaganya sebaik mungkin. Ada cara untuk menjauhkan kenderaan anda daripada kemalangan. Ops! ini hanya ikhtiar.. ajal maut ditangan Allah tetapi sekurang - kurangnya kita mencuba.
Untuk mengelakkan kenderaan daripada berlanggar atau menemui kemalangan, sila lakukan seperti berikut:

1) Sediakan air di dalam satu bekas.

2) Setelah disediakan air, bacalah Al-Fatihah 3 kali, ayat Qul huAllahu Ahad (al-Ikhlas) 3 kali, Qul a'udzubirobbinnas (An-Nas) 3 kali. Setiap 3 kali dibaca ayat yang diterangkan, hendaklah ditiupkan ke dalam air.

3) Setelah melakukan perkara yang disebutkan di atas, siramkanlah air itu ke atas kereta anda dengan memulakannya dari arah berikut:

a. Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.

b. Dari depan ke kiri.

c. Dari kiri ke belakang.

d. Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.

Apabila anda lakukan seperti yang ditunjukkan di atas, InsyaAllah, kenderaan anda tidak akan mengalami kemalangan yang besar.

Perhatian:
Perkara yang disebutkan di atas hanya perlu dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh memulakannya dari sekarang. Cukup dengan sekali sahaja.

Blogger Templates
Blogger Templates

0 comments:

Post a Comment