Thursday, September 30, 2010

Perlukah??

Perlukah bila kita marahkan seseorang kita perlu menjerit dan memalukan dia dikhalayak ramai??? why?? rasa2nya tak perlulah kita menjadi seorang yang kejam.. Banyak hati yg mungkin terluka atau terasa.. Jadi berwaspada ketika berkata2.. Tak kira la sapa pon.. baik aku ataupun org lain. kalau aku berada di situasi org yang dimarah mesti aku pon banjir tahap gaban…

Wednesday, September 8, 2010

Scandalisme

     Salam.. sekarang ni tinggal lagi 2 hari sahaja lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa bulan Ramadhan.. Maknanya lagi 2 hari jugak Eid - Mubarak akan tiba. Itu pun kalau pemegang mohon besar kata lagi 2 hari.. kalau dia kata lagi sehari lagi awal la raya tahun ni.. Apap2 pon, sekarang ni aku dh selamat tiba di Tapah. Mengikut perancangan, aku n hubby akan bertolak ke Taiping amik abah then baru ke Manjung. Asalnya aku beria2 benar nk raya di Taiping sahaja.. Tapi dah abah aku tukar plan raya di Manjung (umah abang aku) apa nak buat. Ikut sahaja. Lagipon antara sebab nak raya di Manjung.. Mak dan bapa tiri aku baru balik dari UK.. kakak ipar aku plak baru lepas bersalin. Bertambah2 kukuh alasan untuk beraya di Manjung. Tak pela, janji raya juga..
       Hari ni 8 September 2010.. maknanya pelajar - pelajar MRSMPH yang dikasihi akan pulang ke rumah masing - masing. Ada juga yang balik 7 September 2010 termasuk aku. Seronoknya tengok reaksi students yang dah tak sabar2 nk balik raya. Macam2 ragam ada. Ada yang pesan belikan tiket. Nasib baik ada tiketnya wlupon aku terpaksa ke Grik dan Baling untuk dapatkan tiket2 tu.. Aku tak kisah sbb aku sahaja yg tau niat aku buat sume ni.. 

Tuesday, August 31, 2010

Menjaga Hati


Masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah bertanda
cinta tak disini lagi kau telah berpaling

REFF:
biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi

kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
ooh oooh

masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meskipun kulihat kini kau diseberang sana

REFF

andai akhirnya kau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati

REFF 2x

sejujurnya aku masih mengharapkanmu
oooh ooohh


Blogger Templates
Blogger Templates

Cinta Monyet.. Hey Monkey! owk! owk!

Kata orang rambut sama hitam tapi hati lain - lain.. aku setuju ngn kenyataan tu. Walaupun di luar nampak lain tapi di dalam belum pasti sama.. Apa yang aku merepek? Ntah.. Tapi apa yang bermain dalam kepala otak aku ni.. soal hati dan perasaan susah kita nk kawal. Mulut boley kata tak suka tp hati kata suka n vice versa.. camna tu? Aku sendiri ada pengalaman bercinta semasa belajar. Huh! tingkatan 2 dah gatal nk bercinta! Tapi bezanya, lelaki tidak bertuah itu aku terima bukan kerelaan sendiri.. aku takde la nak tangkap syiok kat dia sgt tp disebabkan kawan2 aku kenakan aku, terpaksa plak terima lelaki tak bertuah itu.. huhuhu..

Wednesday, August 25, 2010

Kuasa kucing~

Jam dah tunjuk angka 3 pagi tapi nape la aku tak boley2 tido malam td.. ish! kenapa la rasa jiwa kacau.. nk terang cmna pun tak reti sbb aku sendirtak faham.. Dalam dok pusing sana tak leh pusing sini tak leh aku buka laptop dan tgk video Hero Maniacs aku.. so cutee...

Betul kata orang, kucing mampu menghilangkan tekanan dan kesedihan. Teori tu aku rasa betul sbb aku pon rasa benda yang sama bila tgk video mahupun gambar2 kucing.. aku rasa jiwa kacau aku hilang macam tu je.. sernok tengok keletah kucing yang kadang - kadang buat aku rasa geram sgt.. rasa nak peluk2 kucing tu.. heh! sayangnya aku pada kucing sampaikan aku sanggup tukar pembalut kaki stokin yang patah n luka Stokin, kucing paling comel yang sangat pandai yg penah aku tgk. Rasanya tak pernah sekali dalam hidup aku pukul atau tendang atau buat pape yang seangkatan dengan mendera kucing2 yg ada..

Nk berhenti kerrrr??

Entah kenapa aku rasa teragak2 nak hantar surat berhenti warden.. secara logiknya aku dah lama pikir masak2 nak duduk luar maktab n berhenti warden. Dan, surat berhenti warden dah lama siap cuma menunggu bertukar tangan je. tapi sekarang aku rasa keputusan aku dah tergugat. tak tahu kenapa, mungkin sebab Ramadhan? aku pun takde jawapan.. tapi yang pasti antara penyebabnya adalah bila aku mengenangkan pelajar2 MRSMPH.. padahal klu aku berhenti pon, ramai lagi warden yg ada kan..?

Friday, August 20, 2010

Exam oh Exam!!!!

Dah lama sedar tarikh 30 Ogos tu semakin dekat.. ehh??? Merdeka?? Bukan excited nk sambut merdeka tapi tarikh sehari sebelum tu betul2 akan buat aku jiwa kacau… oh tidaaakkkkk!! Masa semakin suntuk tp dalam pada cuak2 aku tetap wat ‘dunno’ je.. apala nak jadi ngn aku nih…

Kalau ikutkan makluman dari BSM, 30 Ogos – 3 September 2010 adalah tarikh aku dan kawan2 KOHORT 3 mengambil peperiksaan di ILKM, Jawi. Lemah je aku rasa bila mengenangkan nak kena study cam dolu2.. Dulu lain la, naturally bersemangat waja nk study n otak pon ok lagi. Tp sekarang rasanya dah semakin berkarat kot… Jadi camna nak buat tu??? Surrender? Abih la aku tak sah jawatan! Kesimpulannya cik mai kena study jugak walau ape ponnnn!!!

Wednesday, July 28, 2010

AGU Oh! AGU

Tayar oh tayar... gara2 kau aku terkejut.. gara2 kau aku demam.. gara2 gara kau nyawa aku nyaris melayang.. alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku... segalanya selesai dengan baik.. jadinya kedua2 tayar depanku itu tayar baru!! AGU oh AGU!!

Wednesday, July 21, 2010

MRSM Parit, Perak akan dibuka 2011!!!

Seperti biasa, setiap hari Isnin, jemaah pengurusan akan bermesyuarat pagi. Sejak aku melapor diri pada 14 Julai 2008, akulah setiausaha pagi sehingga ke hari ini. Dulu, aku juga dilantik sebagai setiausaha pengurusan. Tapi tempat aku dah diberi kepada guru lain (Lega!!). Setelah 2 tahun pegang jawatan setiausaha tu, baru - baru ini aku rasa seronok sangat mencatat setiap perbincangan.. semua berpunca daripada pekeliling mengatakan permohonan untuk pertukaran maktab ke MRSM Parit kini dibuka!!!

I need changes!

Pejam celik pejam celik rupa2nya dah tujuh bulan aku bergelar isteri kepada Mohd Fairuzuan Yaacob Khan. Tak banyak perubahan dalam hidup aku baik segi hubungan dengan keluarga mertua ataupun kehidupan seharian. antara aku ngn keluarga mertua?? dh ngam sangat, maklumlah sudah lebih 6 tahun saling mengenali...  'Kembali bujang'..

Wednesday, June 30, 2010

Lagu ini aku dedikasikan kepada insan - insan tersayang especially my hubby n family.. kawan2 yang sudah lama tidak berjumpa.. sudah tentu banyak kenangan yang kita tempuh bersama.. betapa sunyi hidupku tanpa kalian disisi..


Tuesday, June 29, 2010

Sakitnya hati..!

Tak tau la apasal.. rasa sakitnya hati bila jadi macam ni.. bukan niat aku nak menyusahkan orang lain tapi niat aku disalahertikan pulak.. akibatnya aku jugak yang kena.. apa la nasib..

Tuesday, June 15, 2010

Dup dap dup dap!

Dup dap dup dap! macamtu la rasa denyutan jantung aku saat ini. Mana taknya dalam 10 minit lagi ada presentation.. Dalam masa tu la nak kena update apa yang patut. Apa pun jadi, usaha sudah jadi tawakal saja...

Special thanks to Puan Harnani sebab ajar kami buat blog. Kalau takde la subjek ni gamaknye sampai bila2 aku tak kan create blog. Sekali dah buat seronok la pulak..

Buat rakan - rakan, thanks guys!

sharing is caring...

Blogger Templates
Blogger Templates

Tips untuk pemilik kereta

Anda baru membeli kereta atau sudahpun memiliki kereta? Tak kira kereta kecil atau besar, anda pasti ingin menjaganya sebaik mungkin. Ada cara untuk menjauhkan kenderaan anda daripada kemalangan. Ops! ini hanya ikhtiar.. ajal maut ditangan Allah tetapi sekurang - kurangnya kita mencuba.
Untuk mengelakkan kenderaan daripada berlanggar atau menemui kemalangan, sila lakukan seperti berikut:

Si Comel


Si Comel baru berumur lebih kurang 2 tahun. Warna bulunya putih bertompok hitam dibeberapa tempat sahaja. Yang paling cute bile ada tompokan hitam di atas kening. Macam rambut plak. Memang comel.. Maknye Comel nama Kulit. Sian Kulit sebab disimbah air panas kat paha kanannya. Tak tahula sapa yang buat. Dia datang pon tetiba je. Kulit lahirkan Comel dan seekor lagi yang diberi nama Kening. Kami panggil kening sebab kat kening dia ada tompok hitam dan seakan - akan kening.

Asthma??



Lelah merupakan suatu keadaan di mana terdapat peningkatan kepada tindakbalas bronkus kepada rangsangan tertentu. Disebabkan oleh ini, terdapat penyempitan pada salur udara dan, lapisan pada salur udara juga mengalami keradangan dan terdapat peningkatan di dalam penghasilan lendir. Biasanya, penyakit ini bermula pada zaman kanak-kanak dan jarang berlaku selepas berumur dua puluh lima tahun. Kerapkali, pada 30% kes-kes, terdapat sejarah lelah pada keluarga pesakit.



Kasut Crocs oh Kasut Crocs!

Anda minat pada kasut jenama Crocs? Selesa pakai kasut Crocs? Rasa ringan je kaki bila pakai kasut tu tak kira pattern ape pun. kasut Bata ke Asadi ke Crocodile tak setanding kasut jenama ni. Walau mahal macam mana pun kita sanggup nak berhabis untuk dapatkan kasut yang berjenama ini. Bukan calang - calang harga kasut jenama ini setanding kualiti dan keselesaan apabila dipakai.

Lagenda Budak Setan Kembali!!



Lagenda Budak Setan sebuah karya unggul Ahadiat Akashah kini diterjemahkan dalam bentuk filem. Siapa tak kenal Ahadiat Akashah?? Kabanyakkan karya – karyanya lebih berkisar kepada remaja sebab tu novel dia digemari peminat remaja termasuk aku (ketika itu). Kalau tak silap novel Lagenda Budak Setan famous tahun 1999 / 2000.

Salam Blog

Salam..

Selama ni tengok kawan - kawan create blog sekarang baru ada kesempatan untuk diri sendiri.. Senang jugak rupanya. Kenapa la tak explore dari dulu kan..? Untuk langkah pertama ikut arahan Puan Harnani ye.. Lepas tu pandai - pandai explore sendiri.. Kawan - kawan, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan...